This will be the last.

Sunday, November 4, 2012

Assalamualaikum.

Mengharapkan agar post ini menjadi post yang terakhir berkaitan dengan post yang sebelum sebelum ini. So, anda semua tak perlu lah nak bersangka buruk sangat dengan hamba ye. Nak cakap hamba ni tak reti menghargai bestfriend sebelum ni dengan menjadikan boyfriend sendiri sebagai bestfriend. Sebelum cakap, cuba fikir sejenak. Anda tak tahu apa yang hamba alami, apa yang hamba lalui di setiap hari hamba. That is why i told you untuk tidak bertindak melulu dengan memerli hamba dan sebagainya.

Tahu tak apa rasionalnya aku menjadikan boyfriend sendiri sebagai kawan baik..? 

Pertama : Orang yang paling rapat dengan aku bukan lagi kawan-kawan. Walaupun kiteorg duduk satu tempat, kadang-kadang satu kelas atau sebagainya, diaorang tak selalu ada dengan aku. Diaorang lagi lah takde masa nak melayan karenah aku dua puluh empat jam. Diaorang ada kerja diaorang sendiri jugak. Tak perlu nak salahkan diorang sebab masing-masing ada life kan. And aku tengok pun, diaorg seronok je kalau aku takde dengan diorang. See. Sekarang ni orang yang aku paling rapat cuma cik boyfriend. So mana mungkin aku mengaku orang lain sebagai kawan baik aku..? Boleh tak faham. Kawan baik bagi aku adalah kawan yang sentiasa ada dengan kita susah senang. Tu je.


Kedua : Setiap manusia dalam dunia ni Allah uji dengan pelbagai masalah. Bagi aku, setiap kali ada masalah, aku takkan terus refer kepada manusia tu, manusia ni. Aku fikir dulu macam mana nak solve. Bukan jenis aku main terjah je refer someone bila ada masalah. Kita ada akal kan. Kenapa tak guna buah akal kita dulu sebelum mintak pendapat orang lain..? Okay. So, aku akan cuba selesaikan dulu. Kalau dah tak tahu nak buat macam mana sangat, aku akan cari orang untuk tolong aku. Semestinya, orang yang aku akan refer adalah someone yang betul-betul aku trust dan someone yang boleh bantu. Buat apa nak pergi dekat orang yang aku dah tahu takkan tolong aku and tak dapat nak tolong aku. Think wisely lah sebelum bertindak kan. Sebab dah rapat dengan cik boyfriend, aku akan refer dia dulu. If takde jalan penyelesaian jugak, aku kena cari kawan-kawan jugak. Haa janganlah nak negative pulak. Mentang-mentang aku cakap cik boyfriend tu bestfriend, tak semestinya aku tak hargai kawan-kawan yang lain. Jadah manusia apa aku kalau fikir sampai macam tu. Jahat sangat lah tu. Kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, teman adalah teman dan kawan baik adalah kawan baik. Kawan yang dahulu pernah jadi kawan baik aku pernah bagitahu aku tentang semua ni. So tak salah kalau aku fikir dan guna pakai apa yang dia cakap, kan..?


Ketiga : Pernah dengar orang cakap, "lelaki dan perempuan takkan pernah menjadi kawan baik"..? You know what, this said is so true. Kes macam ni dah banyak terjadi. Even dekat aku pun jadi. Tak dinafikan lah. Sebab tu kalau boleh jangan jadikan seseorang yang berlainan gender dengan kita untuk menjadi bestfriend kita. Cuma berpendapat bahawa kalau lah seorang lelaki dan perempuan tu menjadi kawan baik, lama-lama perasaan apa yang akan timbul diantara mereka..? Cinta. Haa kalau tak si lelaki tu suka perempuan tu, yang si perempuan tu lah yang akan suka si lelaki tu. Cliche. Perempuan yang dah ada boyfriend pun boleh berpaling tadah dengan kawan baik lelaki dia sendiri tau dalam dia tak sedar. Serious talk. 

Mungkin korang akan cakap, "eleh perempuan ni.mentang mentang dah ada boyfriend,terus abandoned bestfriend dia.jahat sungguh". Bukan ye bukan. Kalau lah di takdirkan aku takde boyfriend, then aku takkan ada bestfriend. Until lah aku ada boyfriend atau husband, masa tu baru lah akan adanya bestfriend aku. But! Aku tak menolak kalau adanya seorang bestfriend yang sama gender dengan aku. Aku tengok kan, semua manusia yang ada bestfriend yang sama gender dengan dia, relationship diaorang kekal lama kot. Aku jealous. Sangat jealous. But you know, i have this one friend. Ain. She is so nice. Kita dah lama kan kenal Ain. Tapi dekat sini saya nak buat pengakuan, saya takut nak mengaku awak ni bestfriend saya sebab saya tak tahu apa yang ada dalam hati awak. Best kan kalau awak anggap saya as kawan baik awak. Then, saya officially akan ada seorang kawan baik yang sama gender dengan saya :')


Rasanya, cukuplah penjelasan aku tentang hal ni. Sampai sini sudah lah. Tak perlu nak hurai banyak banyak. Haa tak banyak apa. Dah cramped jari ni haa menaip. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, aku mintak maaf sangat-sangat dekat pihak yang terasa atau rasa hatinya dihiris-hiris bila baca post tentang hal ni. Mintak maaf sangat sangat. Takde niat langsung nak buat anda rasa sampai macam tu. Ya Allah, Dia je tahu macam mana perasaan aku sekarang ni.Hurm.
Read More

Bestfriend.

Saturday, November 3, 2012

Assalamualaikum.

Regarding the last post, hamba nak berkongsi pendapat jua luahan hati hamba. Mohon tuan hamba yang membaca tidak bertindak agresif mahupun berduka cita dengan luahan yang ingin hamba sampaikan ini. Tahukah tuan hamba bahawa hamba sekarang berada didalam keresahan. Disaat hamba menaip (bukan menulis) bingkisan ini, hamba masih menantikan sebarang khabar berita daripada sang arjuna. Hati hamba berasa begitu pedih ketika ini. Kerana menghadiri aktiviti silat, sang arjuna pergi meninggalkan hamba sendirian disini selama berjam-jam lamanya. Ohh teganya kanda.


Hoii! Dah kau kenapa nak berdrama. Boleh muntah hijau bila baca balik. Puii. HAHAHA. Enough is enough. Nothing much. I just wanna post simple. Just untuk memberi pendapat yang mungkin orang lain tak boleh terima. Lahh. Dah kata pendapat kan. Baca dan diam je.

" My bestfriend will always be my boyfriend "



Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Aku tak kisah. Kisah anda, kisah anda lah. Aku punya kisah aku sendiri. Tahu kenapa terpaculnya ayat tu daripada hati aku..? Fyi, i really meant it. I have no bestfriend. Kalau dulu, ye aku ada bestfriend. Cerita itu, cerita ini dengan dia. Dia pegang rahsia aku, dia pegang rahsia dia. Dia tolong aku, aku tolong dia. Aku susah, dia senangkan. But now, bila masing-masing dah jauh, dah buat haluan sendiri, dia yang dahulunya bestfriend dah berubah status menjadi friend. Kena tahu maksud sebenar bestfriend tu apa tau. Kalau di refer kepada encik wikipedia, bestfriend merujuk kepada,

" bestfriend - someone with whom one shares the strongest possible kind of friendship "




Nak tahu tak, dalam dunia ni dan buat masa sekarang ni, orang yang boleh dianggap sebagai bestfriend cumalah cik boyfriend. Hanya dia satu-satunya. I am truly sorry for someone who has been my bestfriend before. It is not like he do not deserve the title but i really can't consider it that way anymore. He will always be my friend as long as he wants me to be his friend too. You know too right, a bestfriend will always be with his/her bestfriend when they are in need. In my situation now, nobody else than cik boyfriend yang buat itu untuk aku. Tiada kawan-kawan lain yang buat macam tu dekat aku. Serious. Nak mintak tolong kawan-kawan pun agak susah. Tak kira lagi yang mengelat lah, apa lah. Sabar jela kan.


Kalau lah aku takde boyfriend, title bestfriend tu automatically akan aku jatuhkan kepada sang suami. Sekarang ni, i have no husband. Mungkin lambat lagi. Empat tahun akan datang insyaAllah. Doakan. Eh. I mean, a bestfriend for a wife will always be her husband. No matter what. Janganlah seorang isteri tu nak ada bestfriend lelaki pulak bila dah kahwin. Tak elok lah nanti. Apa yang ingin disampaikan dekat sini, bukanlah aku nak cakap yang boyfriend aku tu aku anggap macam husband ke ape. Bukan tahu bukan. I am still not married. So, i can choose anybody to be my bestfriend bersesuaian dengan apa jasa yang dia dah buat. Buat masa sekarang ni, cik boyfriend lah yang boleh aku anggap bestfriend. Faham tak? (Kejap lagi ada la rumors pelik pelik cakap aku nak samakan boyfriend dengan husband.kalau ada siaplah.aku dah cakap awal awal tadi kan)


Janganlah salah faham ye. An opinion is not something that you should accept. It is something that was told to be heard. Just understand. Maybe akan ada orang tanya, if aku takde boyfriend, siapa pulak jadi bestfriend aku..? Heyy. Kita hidup tak semestinya perlukan bestfriend. Tak mati pun kalau takde bestfriend. Cukup dengan kawan-kawan yang sayang kita, yang care pasal kita. Kita kan ada family dan orang tersayang yang always support kita. Takde boyfriend pun tak terjejas hidup tu. Hidup macam biasa jugak dekat bumi Allah ni. Kita pun ada Allah yang sentiasa sayang kita (:


To be continued.
Read More

Cliche.

Thursday, November 1, 2012




Read More
Powered by Blogger.