I am back.

Thursday, October 28, 2021

Haiii.

OMG lama gila i tak singgah sini. Hahaha. My last post was on 2016 right? So i am back after FIVE freaking years?! 😂So many things happened for the past few years. Good things obviously. I am now a wife to my lovely husband and a mother to my beautiful daughter. Blessed. Couldn't ask for more 😊

Short life update, i am currently staying in Bintulu Sarawak with my husband and daughter. Been here for 4 years i think, since i got married. Currently being a housewife and still couldn't get myself a job here. Super hard tau nak land a job here. I tak tahu la pasal apa. I tried cari kerja since the first day i pindah sini but until now, satu company pun takde call i balik bagi feedback. Hahaha pathetic gila rasa 😂

Anyway, i think i am now back for some good reason. I love sharing anything yang i rasa cam smart and helpful to others. Before this i banyak share dekat social media je. So stay tuned and i'll be back with some beneficial post after this okay! 😉

Read More

It's been a while

Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum.

Ehem. Well, let me check the date of my last post here. Oh God! Dah dua tahun lepas rupanya. Haha. That was July 2014. Lamanya tinggal blog bersawang. Hehe.

Jadinya, disebabkan ada masa terluang, masih dalam process job hunting, apa salahnya sekali sekala tinjau and berborak dengan diri sendiri dekat sini kan? Tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu masa aktif blogging. Lepas tu tulis merepek entah apa apa. Haha. Nampak sangat lah tak matang kat situ. Minta maaf ya sekalian umat manusia yang pernah baca my older posts yang mengarut semua tu. Sekarang ni rasanya lebih matang kot. I mean, matang lah dari segi penulisan sebab dah hidup 24 tahun ni, macam macam dah aku lalui (:

So, this blog tak ada apa perubahan mungkin. Template masih sama. Eh lama tahu tak aku cari template yang comel konon konon nak tukar sebelum buat entry ni. Mana ada yang cantik. Yang old school jenis kosong sangat banyak lah. I need something yang boleh buat diri sendiri excited bila buka blog sendiri. Haha. Aku ni sejenis manusia yang buat entry untuk kenangan diri sendiri pada masa akan datang. Bukan untuk pleased orang lain (: 

Jumpa lagi next entry, bye!
Read More

Preparation for Eid Mubarak.

Tuesday, July 22, 2014

Assalamualaikum.


Kira kira balik, tinggal kurang seminggu lagi nak sambut raya. Alhamdulillah tahun ni sempat puasa separuh separuh dekat shah alam dengan rumah family. First time puasa dekat shah alam dan kebetulan bulan puasa datang masa dah habis kuliah. Puasa dalam study week dan final exam. Moga moga diberkati jawab exam masa puasa hari tu. Untung lah kiranya bila dapat puasa masa bukan waktu kuliah. Kurang lah kepenatan. Tak payah pergi class penat penat, tak payah tergopoh gopoh balik untuk berbuka puasa. Fokus study untuk final je. Alhamdulillah.

Umur dah makin meningkat, dah nak raya pun tak lagi rasa excited macam dulu dulu masa kecik. Just go with the flow. Nak raya, raya lah. Kalau dulu, kita lah sibuk nak beli baju raya, kita lah sibuk tanya parents bila nak balik kampung. Tapi sekarang tak lagi. Beli baju raya macam biasa sampaikan fikir future kegunaan baju raya tu. Ohh nanti baju tu boleh pakai bawak pergi class. Nanti nak masuk new semester tak payah lagi dah beli baju baru. Hehe. Jenis dah jadi habit kalau masuk new semester, kena ada baju baru. Tak baju baru pun, kena ada at least baju yang tak pernah pakai pergi class semester lepas. Then, top up dengan baju lama yang sedia ada. So, takde lah nampak macam pakai baju sama je. Memang orang lain takkan perasan, tapi untuk kepuasan diri sendiri sebenarnya. Hehe.

Kuih raya jangan cakap. Since umi takde masa and takde siapa yang nak guide buat kuih raya selain umi, maka kuih raya tunjuk jela yang mampu kami sediakan. Eh tapi. Kuih raya tunjuk tu takde lah maknanya main tunjuk je yang mana rasa nak beli. Haha. Make sure sedap dulu baru beli. This year nampaknya makin bijak planning raya family weolls. Beli sikit sikit je. Tahun tahun lepas beli kemain banyak sampai sebulan lepas raya pun tak habis. Membazir. Okay, sederhana cukup. 

Tutup cerita persediaan sambut raya. InsyaAllah sambung cerita on the next post (:
Read More

Selamat kembali.

Monday, July 21, 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai revert unnecessary post ke draft. Nak dibuang sayang. Ehem. Rasa awkward nak menaip panjang panjang. Dah setahun tak menulis dekat sini. InsyaAllah umur pun dah makin meningkat ni, makin lah berakal. Makin matured. Harapnya dapatlah menulis sesuatu yang bagi manfaat kepada diri sendiri. Bukan main redah je tulis macam dulu dulu. Hehe. 

Kemungkinan post post yang berunsurkan kehidupan harian akan dikurangkan. Lebihkan kepada random talk. Dunia hari ni macam macam yang jadi kan. Boleh lah dijadikan bahan rujukan untuk menulis apa yang patut. 

Till next time (:
Read More

Simple Hai (:

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum.

Kesian blog. Dah jadi tempat sandaran untuk luahkan perasaan je sekarang ni. Masa sekolah dulu bukan main rajin update itu ini. Sekarang dah jadi malas. Malas nak curahkan idea buat benda simple macam ni. Haha. Dah lebih tiga bulan cuti duduk rumah tapi dia punya tahap kemalasan tahap apa entah nak menulis. Bila duduk rumah, you know lah apa je aktiviti kan.

Lagipun sekarang ni dah kurang nak exposed benda benda dekat social website and blog sebab orang ni ada macam macam. Jenis yang perangai pelik pelik, suka buat assumption sendiri lah, apa lah. Padahal kita setakat suka suka and meluahkan apa yang terpendam. Ecehh. Haha.

Blog ni rasanya tak nak exposed dekat orang dah lah. I mean, publicly bagitahu dekat orang. Kalau orang jumpa, diorang tahu lah aku ada blog. Haha. Lagipun blog ni sekarang pun dah macam tak berapa nak bergerak je. Bagus jugak sebab takde lagi anasir anasir yang boleh buat kita sakit hati or else.
Read More

Some writing.

Monday, June 10, 2013

Assalamualaikum.

Almost dua bulan duduk saja dekat rumah. Ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Penatnya badan sebab asyik duduk takde buat apa apa pun. Budak budak lain dah masuk new semester. At least takde dah mengembangkan badan je dekat rumah macam aku ni. Rindunya Dungun. Rindunya Uitm. Rindunya rumah sewa. Oh im not missing that kolej. Why would i? Haha.

Kalau kira kira, bulan 6 ni dah nak masuk middle month, nanti dah masuk bulan 7, puasa. Bulan 8 raya. Bulan 9 baru masuk Degree. Itu pun kalau dapatlah. Hmm. Sekarang, tengah counting day tunggu result masuk Degree. Dengar kata, bulan 7 nanti baru keluar. Lambatnya lahai. Dah lah tak sempat nak mohon UPU. Sempat mohon penerapan Uitm je. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah Shah Alam. Tak nak pergi jauh jauh sampai Penang sana. Aihh. Tak boleh bayang kalau kena campak ke sana. Maunya balik kampung selalu aku. Perak je kampung pun. 

Selalu doa hopefully dapat dekat Shah Alam, satu course dengan Hafiz, satu tempat dengan Hafiz, satu class dengan Hafiz. Allah boleh tolong insyaAllah. Positive tasneem positive. 


Read More

Isu Clearance.

Thursday, May 16, 2013

Assalamualaikum.

Baru perasan, print screen result untuk last post hari tu rupanya result yang dapat daripada email. Tak terfikir pun nak ambik result yang original dekat student portal. Hehe. Biarlah. Result tetap sama.

So i spent two night in Dungun. Untuk selesaikan pasal clearance. Actually, i already know yang clearance tu can be done secara online. Kak Wany lah yang bagitahu. Tapi dia kata kalau nak pergi buat dekat uitm pun boleh since kita boleh setelkan macam macam sekaligus pergi sana. Well. Alang alang kan, pergi lah jugak uitm nak setelkan semua.  

Firstly, of course lah pergi HEA. Dekat sana lah tanya macam mana nak buat clearence apa semua. Staf dekat situ guide lah. Bagitahu apa benda nak kena buat. Diorang cakap clearance nanti boleh buat online je. So tak payah lah korang korang yang jauh sana nak datang Dungun semata mata nak buat benda tu je. Dah jimat lah masa apa semua kan. Since aku dekat je, setakat Kuantan. Boleh ulang alik balik terus kalau nak. Sebab tu tak kisah sangat kalau pergi sana pun. Nak tanya sendiri apa yang kena buat. Baru best.

Then, boleh lah pergi Pejabat Bendahari untuk buat pembayaran kalau korang nak dapatkan mini transkript result. Pergi sana, lepas tu bayar RM1. Then, you all kena patah balik pergi HEA. Dekat sana nanti, diorang akan print lah korang punya transkript result. Actually, transkript result ni penting jugak bagi korang korang yang nak apply job sementara tunggu masuk Degree kan. I mean, kalau korang nak apply job best best lah. Setakat nak apply job dekat Mc Donald atau 7E, tak payah nak hulur transkript result sangat lah.

Dekat HEA jugak, korang boleh dapatkan korang punya sijil dekan. Ini for those yang bijak pandai, dapat dekan untuk semester sekian sekian, boleh lah ambik sijil korang tu. Nak bagi HEA pegang lama lama pun buat apa. Hari tu masa aku nak ambik, ada untuk semester 6 memang belum keluar lagi. Untuk semester 5 punya, korang kena pergi mintak dekat Ketua Program course korang. Untuk semester 4 ke bawah, ada je dalam simpanan diorang.

Yang paling penting, untuk korang yang bawak kenderaan masa belajar dulu tu, make sure korang pergi check saman dekat pejabat polis bantuan. Nanti diorang tanya lah korang punya plat number motor or kereta and check kan saman. Mana tahu kalau ada saman saman yang korang tak bayar. 

Anyway, ada jugak cakap kena check denda dekat library. I mean, mana tahu korang pernah pinjam buku dekat sana, lepas tu lewat hantar and ada denda yang korang kena bayar. Biasanya denda setakat sepuluh sen dua je. Tapi, itu lah one of the reason yang menyebabkan korang tak boleh nak graduate. But, aku tak pergi lah check denda dekat library hari tu. Sebab aku rasa aku takde lah pinjam buku mana pun dekat library tu. Ada pun masa semester 1 or semester 2. Mungkinlah. Punya confident aku takde denda tu.

Lastly, alang alang dah ada dekat uitm tu, jumpalah lecturer yang korang rapat. Bila lagi nak jumpa kan. Macam hari tu, jumpa dengan Sir Fadhli. Well. Actually, malu nak jumpa dia. Lecturer kesayangan pulak tu. Aihh malu lah nak jumpa. At last aku let Hafiz sorang je yang pergi jumpa. Aku tunggu dalam kereta. Haha. Sorry sir. Saya tak tahu kenapa. Saya segan lah. Hihi.

So, itu lah serba sikit about clearance yang aku boleh bagitahu korang. Penat jugak seharian pergi merayap dalam uitm tu nak setelkan benda ni. Maklumlah parking jauh jauh, jalan jauh jauh. Nampak uitm tu pun dah macam lain. Banyak pokok yang kena tebang. Dah tak gaya campus resort. Nak tunggu pokok baru tumbuh, lambat lagilah alamatnya. Dengan suasana yang agak sunyi sebab student Diploma tengah cuti and yang ada student Degree je. Tak meriah macam masa ada student Diploma. 

Read More

The thoughts.

Tuesday, April 23, 2013

Assalamualaikum.

Biasalah. Cuti baru seminggu tapi rasa macam dah sebulan duduk rumah. How come sebulan nak sampai ke lima bulan tu nak dirasakan sekejap sangat? Impossible. Memang lima bulan tu lama sangat. Sangat lama. Even sekarang pun mati kutu dah tak tahu nak buat apa dekat rumah. Ya Allah. Sabar jela.

I really think that i should find myself a job. Anything. Yes, anything. Usul dekat mak ayah, diaorang tak agree pun. Tak tahulah kenapa nak sangat anak dia ni duduk rumah lama lama sampai lima bulan. Lepas tu bagi makan banyak banyak, tidur banyak banyak. Sampai kadang kadang tu rasa risau sangat. Macam mana kalau makin membesar nanti? Malulah nak keluar jumpa kawan kawan. Haa. Nampak. Belum apa apa dah ada conflict. 

Abah asked me, "Acik,boleh mengajar Add Math?". Oh well. Masa tu harapan dah tinggi. Mana tahu kot kot abah nak offer kerja kosong dekat sekolah beliau. Lepas tu Ayu dengan Umi menyampuk. Katanya kalau ambik kerja dekat sekolah abah tu, mahunya aku yang kena buli. Inikan duduk rumah pun asyik kena buli dengan adik sendiri. Fuhh. Tak pasal pasal melepas satu peluang kerja. Diorang risau sebenarnya. Takut aku tak boleh adapt dengan perangai budak budak nakal sekolah menengah dekat sekolah abah tu. Yela, abah selalu cakap budak budak tu jenis perangai teruk, tak nak belajar apa  semua. Sat lagi aku pergi sana, habis dengan aku depa ganyang. Nayaa.

Lepas tu ada terfikir nak jadi cikgu sekolah dekat sekolah rendah je. Haa memang yang tu pun yang duduk fikir fikir sebelum ni. Tapi macam tak mendapat sambutan daripada family jugak. Semua tak nak kasi aku kerja. Stress betul. Asyik risau je. Habis sampai bila nak macam ni? 

I really have no idea. Bagilah result final semester tu keluar dulu. Lepas tu baru lega sikit. Nak kerja ke apa ke, lepas tu lah bincang balik. *Walaupun macam tahu susah nak dapat permission family.

Nym.
Read More

Oh haiii (:

Sunday, April 21, 2013

Assalamualaikum.

Oh well. Hai. I'm being total awkward here. Lets not make me talk much this time. Anyway, i have wrapped my life in Dungun as Diploma in Electrical Engineering (Electronic) student. Yeay me! (:
I can finally have this big big big smile on my face! So now i am here in Kuantan, nothing to be done. Like always. Blerghh. I really need to find something good that should be done since i am gonna be home for about five months before my Degree session. 
Lets talk later about that Degree thing. Don't feel like put all of the thoughts in one entry anyway 


Bye (:

Read More

This will be the last.

Sunday, November 4, 2012

Assalamualaikum.

Mengharapkan agar post ini menjadi post yang terakhir berkaitan dengan post yang sebelum sebelum ini. So, anda semua tak perlu lah nak bersangka buruk sangat dengan hamba ye. Nak cakap hamba ni tak reti menghargai bestfriend sebelum ni dengan menjadikan boyfriend sendiri sebagai bestfriend. Sebelum cakap, cuba fikir sejenak. Anda tak tahu apa yang hamba alami, apa yang hamba lalui di setiap hari hamba. That is why i told you untuk tidak bertindak melulu dengan memerli hamba dan sebagainya.

Tahu tak apa rasionalnya aku menjadikan boyfriend sendiri sebagai kawan baik..? 

Pertama : Orang yang paling rapat dengan aku bukan lagi kawan-kawan. Walaupun kiteorg duduk satu tempat, kadang-kadang satu kelas atau sebagainya, diaorang tak selalu ada dengan aku. Diaorang lagi lah takde masa nak melayan karenah aku dua puluh empat jam. Diaorang ada kerja diaorang sendiri jugak. Tak perlu nak salahkan diorang sebab masing-masing ada life kan. And aku tengok pun, diaorg seronok je kalau aku takde dengan diorang. See. Sekarang ni orang yang aku paling rapat cuma cik boyfriend. So mana mungkin aku mengaku orang lain sebagai kawan baik aku..? Boleh tak faham. Kawan baik bagi aku adalah kawan yang sentiasa ada dengan kita susah senang. Tu je.


Kedua : Setiap manusia dalam dunia ni Allah uji dengan pelbagai masalah. Bagi aku, setiap kali ada masalah, aku takkan terus refer kepada manusia tu, manusia ni. Aku fikir dulu macam mana nak solve. Bukan jenis aku main terjah je refer someone bila ada masalah. Kita ada akal kan. Kenapa tak guna buah akal kita dulu sebelum mintak pendapat orang lain..? Okay. So, aku akan cuba selesaikan dulu. Kalau dah tak tahu nak buat macam mana sangat, aku akan cari orang untuk tolong aku. Semestinya, orang yang aku akan refer adalah someone yang betul-betul aku trust dan someone yang boleh bantu. Buat apa nak pergi dekat orang yang aku dah tahu takkan tolong aku and tak dapat nak tolong aku. Think wisely lah sebelum bertindak kan. Sebab dah rapat dengan cik boyfriend, aku akan refer dia dulu. If takde jalan penyelesaian jugak, aku kena cari kawan-kawan jugak. Haa janganlah nak negative pulak. Mentang-mentang aku cakap cik boyfriend tu bestfriend, tak semestinya aku tak hargai kawan-kawan yang lain. Jadah manusia apa aku kalau fikir sampai macam tu. Jahat sangat lah tu. Kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, teman adalah teman dan kawan baik adalah kawan baik. Kawan yang dahulu pernah jadi kawan baik aku pernah bagitahu aku tentang semua ni. So tak salah kalau aku fikir dan guna pakai apa yang dia cakap, kan..?


Ketiga : Pernah dengar orang cakap, "lelaki dan perempuan takkan pernah menjadi kawan baik"..? You know what, this said is so true. Kes macam ni dah banyak terjadi. Even dekat aku pun jadi. Tak dinafikan lah. Sebab tu kalau boleh jangan jadikan seseorang yang berlainan gender dengan kita untuk menjadi bestfriend kita. Cuma berpendapat bahawa kalau lah seorang lelaki dan perempuan tu menjadi kawan baik, lama-lama perasaan apa yang akan timbul diantara mereka..? Cinta. Haa kalau tak si lelaki tu suka perempuan tu, yang si perempuan tu lah yang akan suka si lelaki tu. Cliche. Perempuan yang dah ada boyfriend pun boleh berpaling tadah dengan kawan baik lelaki dia sendiri tau dalam dia tak sedar. Serious talk. 

Mungkin korang akan cakap, "eleh perempuan ni.mentang mentang dah ada boyfriend,terus abandoned bestfriend dia.jahat sungguh". Bukan ye bukan. Kalau lah di takdirkan aku takde boyfriend, then aku takkan ada bestfriend. Until lah aku ada boyfriend atau husband, masa tu baru lah akan adanya bestfriend aku. But! Aku tak menolak kalau adanya seorang bestfriend yang sama gender dengan aku. Aku tengok kan, semua manusia yang ada bestfriend yang sama gender dengan dia, relationship diaorang kekal lama kot. Aku jealous. Sangat jealous. But you know, i have this one friend. Ain. She is so nice. Kita dah lama kan kenal Ain. Tapi dekat sini saya nak buat pengakuan, saya takut nak mengaku awak ni bestfriend saya sebab saya tak tahu apa yang ada dalam hati awak. Best kan kalau awak anggap saya as kawan baik awak. Then, saya officially akan ada seorang kawan baik yang sama gender dengan saya :')


Rasanya, cukuplah penjelasan aku tentang hal ni. Sampai sini sudah lah. Tak perlu nak hurai banyak banyak. Haa tak banyak apa. Dah cramped jari ni haa menaip. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, aku mintak maaf sangat-sangat dekat pihak yang terasa atau rasa hatinya dihiris-hiris bila baca post tentang hal ni. Mintak maaf sangat sangat. Takde niat langsung nak buat anda rasa sampai macam tu. Ya Allah, Dia je tahu macam mana perasaan aku sekarang ni.Hurm.
Read More

Bestfriend.

Saturday, November 3, 2012

Assalamualaikum.

Regarding the last post, hamba nak berkongsi pendapat jua luahan hati hamba. Mohon tuan hamba yang membaca tidak bertindak agresif mahupun berduka cita dengan luahan yang ingin hamba sampaikan ini. Tahukah tuan hamba bahawa hamba sekarang berada didalam keresahan. Disaat hamba menaip (bukan menulis) bingkisan ini, hamba masih menantikan sebarang khabar berita daripada sang arjuna. Hati hamba berasa begitu pedih ketika ini. Kerana menghadiri aktiviti silat, sang arjuna pergi meninggalkan hamba sendirian disini selama berjam-jam lamanya. Ohh teganya kanda.


Hoii! Dah kau kenapa nak berdrama. Boleh muntah hijau bila baca balik. Puii. HAHAHA. Enough is enough. Nothing much. I just wanna post simple. Just untuk memberi pendapat yang mungkin orang lain tak boleh terima. Lahh. Dah kata pendapat kan. Baca dan diam je.

" My bestfriend will always be my boyfriend "



Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Aku tak kisah. Kisah anda, kisah anda lah. Aku punya kisah aku sendiri. Tahu kenapa terpaculnya ayat tu daripada hati aku..? Fyi, i really meant it. I have no bestfriend. Kalau dulu, ye aku ada bestfriend. Cerita itu, cerita ini dengan dia. Dia pegang rahsia aku, dia pegang rahsia dia. Dia tolong aku, aku tolong dia. Aku susah, dia senangkan. But now, bila masing-masing dah jauh, dah buat haluan sendiri, dia yang dahulunya bestfriend dah berubah status menjadi friend. Kena tahu maksud sebenar bestfriend tu apa tau. Kalau di refer kepada encik wikipedia, bestfriend merujuk kepada,

" bestfriend - someone with whom one shares the strongest possible kind of friendship "




Nak tahu tak, dalam dunia ni dan buat masa sekarang ni, orang yang boleh dianggap sebagai bestfriend cumalah cik boyfriend. Hanya dia satu-satunya. I am truly sorry for someone who has been my bestfriend before. It is not like he do not deserve the title but i really can't consider it that way anymore. He will always be my friend as long as he wants me to be his friend too. You know too right, a bestfriend will always be with his/her bestfriend when they are in need. In my situation now, nobody else than cik boyfriend yang buat itu untuk aku. Tiada kawan-kawan lain yang buat macam tu dekat aku. Serious. Nak mintak tolong kawan-kawan pun agak susah. Tak kira lagi yang mengelat lah, apa lah. Sabar jela kan.


Kalau lah aku takde boyfriend, title bestfriend tu automatically akan aku jatuhkan kepada sang suami. Sekarang ni, i have no husband. Mungkin lambat lagi. Empat tahun akan datang insyaAllah. Doakan. Eh. I mean, a bestfriend for a wife will always be her husband. No matter what. Janganlah seorang isteri tu nak ada bestfriend lelaki pulak bila dah kahwin. Tak elok lah nanti. Apa yang ingin disampaikan dekat sini, bukanlah aku nak cakap yang boyfriend aku tu aku anggap macam husband ke ape. Bukan tahu bukan. I am still not married. So, i can choose anybody to be my bestfriend bersesuaian dengan apa jasa yang dia dah buat. Buat masa sekarang ni, cik boyfriend lah yang boleh aku anggap bestfriend. Faham tak? (Kejap lagi ada la rumors pelik pelik cakap aku nak samakan boyfriend dengan husband.kalau ada siaplah.aku dah cakap awal awal tadi kan)


Janganlah salah faham ye. An opinion is not something that you should accept. It is something that was told to be heard. Just understand. Maybe akan ada orang tanya, if aku takde boyfriend, siapa pulak jadi bestfriend aku..? Heyy. Kita hidup tak semestinya perlukan bestfriend. Tak mati pun kalau takde bestfriend. Cukup dengan kawan-kawan yang sayang kita, yang care pasal kita. Kita kan ada family dan orang tersayang yang always support kita. Takde boyfriend pun tak terjejas hidup tu. Hidup macam biasa jugak dekat bumi Allah ni. Kita pun ada Allah yang sentiasa sayang kita (:


To be continued.
Read More

Cliche.

Thursday, November 1, 2012




Read More

#2 Pretty and Cute are two different things.

Monday, October 29, 2012

So, tajuk belum habis dikupas. Meh sini nak habaq kat hang pasai satu lagi benda. Comel. Hang comel kaa..? Cuba hang pi depan cermin, tengok balik muka hang. Lepas tu buat buat la macam sore eyes five days mc tu. The heck kan. Haha. 


Anyway, i do think semua perempuan dalam dunia ni comel. Kalau dia tak cantik tu, dia comel lah. Even kalau dia cantik pun, comel tu tetap ada. Tahu kenapa macam tu..? Sebab perempuan ni dikurniakan sifat manja. Tahu manja..? Haa. So, bila dah manja tu, automatiklah jadi comel. Kan kan kan..?



Okay okay. Silap. Nak attach gambar lain. Gambar comel, tapi suka sangat tengok Tiffany ni cantik. Tak pasal pasal attach gambar dia sekali lagi dekat sini. Muahaha :D




Siapa tak kenal IU tu aku tak tahu. Pergi google sana. IU ni memang comel. Sangat the sangat comel. Kadang-kadang terasa jugak nak muka comel macam dia. Dah besar dah tapi muka still comel comel macam budak-budak. Awww. Jealous overload you. Dah la comel, suara sedap. Apa lagi apa lagi..?!


Certain lelaki suka perempuan yang cantik, ada yang suka perempuan comel. Macam-macam lah taste diaorang. Macam kami kaum perempuan hadap sangat dengan lelaki yang banyak demand ni kan. Kalau lah semua lelaki dalam dunia ni demand tahap nak mati, memang takdenya orang nak kahwin. Semua nak tunggu perempuan yang prefect perfect kan. And kalaulah semua lelaki demand nak perempuan cantik and comel je jadi buah hati diaorang, siapa yang nak kahwin dengan anak dara kat luar sana yang tak berapa ada rupa tu. Think lahh. Tak payah nak memilih sangat. Kalau orang dah nak tu terima je. Banyak songeh. Haa kan dah lari topik.


Tak payah cerita lelaki. Perempuan pun sama. Ramai je aku jumpa perempuan yang memilih lelaki ni. Nak yang handsome, kaya and bagai bagai. Demand nak tinggi je. Lepas dah kikis duit lelaki tu, tinggal. Haa. Elok sangat perangai. Yang pasang ramai jantan keliling pinggang pun ada. Tak paham aku. Suka sangat simpan lelaki banyak-banyak tu kenapa eh..? Diaorang boleh bagi kau udara untuk hidup. Tak cukup dengan sorang lelaki je. Haihh. Kalau dah suka seorang lelaki tu, setia je. Jangan nak menggatal dengan lelaki lain sana sini. Jaga maruah sikit.


Penat dah aku membebel. Waaa baru sedar lari topik. Muahaha. Kbye.

Read More

#1 Pretty and Cute are two different things.

Maybe tak kena kalau lelaki yang baca post ni and tiba-tiba nak muhasabah diri. Haa. Post ni lebih sesuai untuk perempuan lah kot rasanya. Rasanya. Sebab masa idea nak tulis post ni datang pun, dalam kepala otak cuma fikir pasal perempuan. Belum terfikir nak buat post pasal lelaki. Sebab rasanya kalau tulis pasal kaum sejenis ni lagi mudah. Kita faham apa yang tersurat dan tersirat dalam hati.


Tahu tak, bagi perempuan, cantik dan comel merupakan dua benda yang berbeza. Yes, sangat berbeza. Cuba tanya kaum perempuan yang ada di sekeliling anda. Mana yang mereka pilih. Adakah mereka lebih suka menjadi seorang gadis yang cantik..? Ada juga yang prefer untuk jadi seorang gadis yang comel.



Dah. Tak payah nak tanya orang lain. Cuba tanya diri sendiri. Kalau bagi aku, rasanya menjadi seorang yang cantik sangat menjadi idaman. Sana sini pergi, mesti jumpa orang cantik. Berangan nak jadi macam tu jugak sebenarnya. Rasanya, instead of tengok lelaki yang handsome, aku lagi suka tengok perempuan cantik. Haa bukan bukan. Bukan sebab suka perempuan tu lah. Sebab amazed sangat dengan apa yang Allah bagi dekat dia. Kadang-kadang tak sangka pun akan ada perempuan yang secantik diaorg tu dalam dunia ni. Untung. Bagi orang yang tak berapa nak cantik macam hakuuu ni, haa itulah dia. Perasaan nak cantik tu sangat membuak-buak.






Eh eh, kenapa nak kena attach gambar tiffany dekat situ..? Haa. Dia cantik. Cantik habaq hanggg. But of course lah cantik dia tak semulajadi. Mungkin pergi surgery sana sini. Takpa aihh. Cuma terbayang kalau kalau boleh cantik macam dia. Nak jadi cantik ni bukan sebab nak orang lain pandang kita ke apa. Cukuplah cantik tu untuk diri sendiri and dijadikan kepuasan untuk diri sendiri. Apa guna kalau cantik semata-mata untuk boyfriend hang. Dia bukan boleh bagi hangpa apa-apa. Take note.


p/s : aku pun tak faham kenapa tiba-tiba kata ganti diri bertukar balik. Macam ultramen! 
Read More

Random : Here it is.

Tuesday, October 23, 2012

Assalamualaikum (:



Blogger is not one of the priority social website for me anymore. Hari tu i ada terbaca satu blog one of my friend lah kan, he mentioned that blogger is just a trend. At first, i tak berapa nak percayalah. Sebab sekarang ni pun even orang sibuk dengan twitter, facebook bagai, ada je lagi orang yang imarahkan blogger ni. Maybe ada certain orang je yang fikir blogger ni as a trend. 


For me, mungkin betul lah tu dia cakap. Orang zaman sekarang mana lah nak rajin type panjang panjang berjela semua. Nak update status pun laju laju je. Bersesuaian dengan situasi yang dia hadapi masa tu. Lagi satu, kalau nak update status dekat twitter tu memang tak lah boleh nak type panjang panjang. Siap ada limit until 140 words je. Haa nampak tak dia nak kita fikir dulu sebelum main tweet je. Kalau facebook tu, kadang kadang penat nak baca status orang. Bukan main panjang dia type. Kadang kadang tu sampai kena turun bawah minum air dulu baru sambung baca status dia. Haa yang tu tipu. Sila percaya.


Tapi satu je sampai sekarang aku tak faham. Macam mana blogger dekat luar sana yang ada banyak sangat idea yang mencurah curah untuk jadi bahan dalam blog diaorang. Hebat betul lah. Heran aku heran. Anyway, as i cuti lama jugak for this semester break, insyaAllah la blog ni bakal di conteng itu ini. Itu pun kalau ada idea lah. Ingat cari idea senang..? Pheww~


Pesanan tak berapa nak ringkas :
Tiba tiba rasa macam nak guna kata ganti diri 'I' start from this post. Okay. Tu je nak cakap. 
People change day by day (:





Read More

no reason.

i smile and laughed a lot today.
why am i so happy..?
HAHAHA.
i don't know either.
family is the best treatment ever
(:
Read More

# one.

Thursday, August 16, 2012

First one:
I am officially become one of Non resident student. At first masa mula mula masuk rumah sewa sangatlah awkward. Dah la bawak barang banyak gila. Rasa macam kereta kancil tu penuh dengan barang barang untuk setahun duduk sana tak balik balik. Melampau betul. Padahal nak duduk berapa bulan je. Masa tu, sorang pun tak kenal dekat rumah sewa tu. Semua kakak kakak Degree. Only aku dengan Kila je student Diploma. Sangatlah awkward masa tu. Bayanglah, malam pertama tu tak boleh tidur pun. Siap tak tidur atas katil, tidur bawah lantai, berlapikkan tilam yang diangkut turun daripada katil. Sadis rasa. Masa tu tak mesra lagi dengan semua orang. Lama-lama tu, dah rasa mesra sikit. Okay lah. Makin hari makin seronok duduk rumah sewa. Tak perlu rushing nak balik awal-awal kalau keluar study malam malam. Kadang-kadang rasa tak sedap jugak sebab aku always keluar malam study dekat luar. Aku jenis yang tak boleh nak study dekat rumah. Memang takkan study lah. Nampak katil sepanjang masa, memang tak jadi apa lah. Sekarang ni, kakak kakak Degree dah cuti semester. Tinggallah kami bertiga student Diploma kat rumah tu. Sumpah sunyi kalau takde orang langsung kat rumah tu. Kena ada tiga orang baru meriah. Kalau setakat ada dua orang, memang sunyi jugak rumah tu. Sorang duduk dalam bilik, sorang lagi pun duduk dalam bilik. So, memang macam tu jelah. Sebab rumah tu sangatlah besar bagi aku, so kalau nak duduk sorang sorang memang takkan lah. The most important is, best je duduk rumah sewa compared to duduk kolej yang membuatkan aku tak pernah tenang.


Second one:
Since dah masuk semester lima, which is ada satu semester lagi untuk aku habiskan Diploma, tak tahu lah kenapa life sangat busy. Tak paham aku. Bila aku mengeluh dekat kawan-kawan yang aku banyak sangat kerja yang kena disettlekan, diaorang boleh cakap yang semester ni rileks je. Takde buat apa-apa. Plus, bosan. Damn. Kenapa aku je yang rasa macam rushing gitu..? Ohh, mungkin diaorang dah buat short course sebelum ni, so hilang satu beban paper yang diaorang akan ambik untuk final. Atau mungkin jugak aku je yang bersungguh sejak dari mula. And for your information, since aku dah bersusah-susah dahulu, sekarang aku dah mula bersenang-senang. Banyak benda yang aku dah berjaya settlekan masa awal dulu. Now, aku dah rileks sikit. Compared dengan orang lain yang duduk rileks masa mula-mula dulu tu. Alhamdulillah. Final Year Project aku almost menampakkan hasil. Tinggal beberapa steps je lagi untuk direalisasikan. And yang paling penting, aku tak pernah miss study untuk kuiz and test. Semuanya berjalan dengan lancar. Even kuiz or test datang bertalu-talu dalam satu masa, aku dah boleh manage untuk study dengan jayanya (:


Third one:
Semenjak jadi Non resident student, aku rasa makin banyak disadvantage yang pihak uitm bagi kat kami. Okay, first sekali, pasal parking kereta. Aku tak faham kenapa dia boleh nak bagi sebesar besar tempat parking tu hanya untuk lecturer parking. Padahal sebelum ni dekat situ student boleh parking. Sekarang ni, sangat susah untuk kami student NR cari parking. Kadang-kadang sampai lewat masuk kelas semata-mata sebab tawaf satu uitm nak cari parking. Yang aku peliknya, parking lecturer dah banyak ada. Apa salahnya kalau bagi sedikit ruang parking tu dekat kami, student, nak-nak yang duduk dekat luar ni. And lagi satu, aku tak puas hati betul student yang dah duduk dalam tapi masih nak menggedik bawak kereta pergi class. Bila diaorang buat macam tu, secara tak langsungnya diaorang dah sikitkan parking yang disediakan untuk kami. Tak salah kalau diaorg berjalan je pegi class. Tak jauh pun rasanya. Kalau pagi-pagi datang uitm tu, dekat area Pejabat NR dekat kafe Kapas tu mesti penuh. Kalau penuh dengan kereta budak-budak NR aku tak kisah lagi. Tapi ada jugak kereta student yang duduk dalam, which is kolej yang parking dekat situ. Hello, tak kesian dekat kiteorang ke..? Tolonglah. Baik aku tak payah bawak kereta kalau nak parking pun takde tempat. Menyusahkan betul.


*sorry for my harsh words.but i really meant it.

Read More

This is simple.

Friday, June 8, 2012


"Be a girl that is wanted by the boys, and please don't be a girl that wants so many boys around you."

You know, there is no point of having so many boys around you and ignore all you girl friends.You are suck if you are doing that.Like seriously.A boy is a boy.They won't give you anything that you want.I mean, they just want you to do their things and ask you to do this and that.Why can't you see that..?


Just saying that you shouldn't act like you are everything to them.They just using you as their machine to do all their works.I already know from the first place.You are the one who still don't realized all the things around you.I don't really mind if you are having so many boy friends around you.Unless you are not abandoned your girls.


Just think about it again and i hope you are going to change after this.
(:


p/s: i am not pointing this post to anyone.just random.maybe.

Read More

I really want this.

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum.


Rata-rata manusia sekarang asyik bising cakap pasal DSLR.Nak yang hebat je kau kan.Kamera digital tak nak.Yela, kalau setakat kamera digital kecik je.Nak gantung dekat leher pun tak boleh kan.Kalau DSLR, boleh gantung dekat leher.Senang nak snap gambar sana sini kan.Tapi kan, kalau setakat ada DS
LR tapi tak tahu guna pun sakit jugak.Nak tengok dia pandai guna ke tak, tengok cara dia pegang camera masa nak snap gambar tu.Kalau style pegang lain macam ke, senget benget ke, yang tu kelakar.Boleh digelakkan.HAHA.


Oh my, actually bukan nak cerita pasal DSLR.Ke laut dah rasanya.Sebab apa yang aku mention dekat atas tu memang selalu jadi.And pernah nampak dengan mata sendiri pun.Hehe.Tiba-tiba nak mention balik kan.Tak pasal lah tu -.-'


Okay, instead of tertarik dengan DSLR, aku lebih interested dengan camera ni,


i bet, most people know this type of camera.Yes, polaroid camera.This is awesome, you know! And the most important is, harga dia berpuluh kali ganda murah kalau nak compare dengan DSLR.HAHA.No lahh.Actually memang dah lama interested dengan camera ni.Lama dulu dah.Sekarang baru rasa betul-betul nak camera ni.And yes, sangat nak.


Fyi, camera ni ada dua jenis.Memang nampak lebih kurang sama but lain.

Yang ni, Mini Instax 25.
Features camera ni banyak sikit and best lagi compared to yang lagi satu tu.It comes with self potraits mirror.Okay, i like! (:



Yang ni pulak, Mini Instax 7s.See.Design yang ni dengan yang tadi tu lain kan.But features dia kurang sikit compared dengan yang lagi satu tu.Kalau yang ni, dia banyak colour sikit.And i like this brownish colour the most! Ya Allah.Lawanya.Nak menangis tengok -.-'



Right now, tunggu masa je kot untuk memiliki camera ni.Kalau boleh, tak nak beli sendiri.Nak tunggu orang bagi.Maybe untuk hadiah birthday akan datang ni.Siapa nak tolong belikan..? Please T__T


Serious.Nak tunggu orang belikan jugak. #Nekad.
Read More

All the best.

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum.


Tolak hari ni, cukup 23 hari lagi aku ada dekat rumah sebelum start semester baru, which is semester lima.Taubat lah cakap, tiba-tiba rasa macam tak nak balik sana.Hoii, neraka apakah ini..? Hari tu bukan main nak balik sana.Aku dah agak dah.Bila time time macam ni mulalah nak main-main dengan aku perasaan ni.Benci aku.


Bukan apa, aku belum ready nak jumpa kawan-kawan dekat sana.Yes yes.Itulah penyebab utama sebenarnya.Tak tahu lah kenapa.Ya Allah, takutnya nak hadapi apa yang akan jadi akan datang.Mungkinkah peristiwa lalu bakal berulang..? Demi Allah cakap, sangat fobia dengan apa yang dah jadi.Bukan aku tak kuat untuk hadapi semua ni, tapi aku belum bersedia untuk katangkan hati ni dan lalui apa yang ada dekat depan sana.


Uyuun once said, "Tasneem, jangan risau.Benda tu kalau tak jadi dekat Tasneem sekarang, nanti dia akan jadi jugak, tak kiralah masa Tasneem kerja atau apa.Sooner or later, Tasneem kena hadapi benda tu jugak.Bersyukurlah sebab benda ni dah jadi sekarang.Mungkin masa depan dah takde benda macam ni jadi lagi."


Aku percaya apa yang Uyuun cakap.And i really hope everything gonna be fine soon.I wanna live my life and take every chances without regret.Walau apa pun masalah yang datang untuk semester depan, insyaAllah aku boleh handle selagi ada keluarga dan cik abang disisi.They are good enough to me.I need no friend if they don't need me and i need no friend if they betray me.Go and get some life, people.


Enough with this.Now, wanna list out all the subjects that gonna make me half-alive student soon.So, since dah masuk semester lima, kami diberi peluang untuk memilih major yang bersesuai dengan citarasa kami.Alhamdulillah, adalah satu major ni yang betul-betul aku minat dan sememangnya tak ramai student batch aku yang ambik major ni.Aku decide untuk ambik major Computing.Kalau nak di compare kan dengan jumlah student yang ambik major Electronic dengan Communication, yang paling sikit student interested adalah major Computing.Maybe hanya akan ada satu atau dua kelas yang dibuka untuk major yang aku pilih ni.

  • Fundamentals of Entrepreneurship (ETR 300)
  • Intro to Control System (ESE 353)
  • Digital Systems 1 (ECE 351)
  • Final Year Project 1 (EEE 358)
  • Computer Engineering Lab (ECE 350)
  • Introduction to Networking (ECE 352)
  • PC Hardware and Software (ECE 353)

InsyaAllah.Kalau ada minat yang mendalam and rasa semua subject ni boleh di carry on, adalah jalan penyelesaian yang Allah bagi.Yang penting, set mind dengan thoughts yang positive and stop the thought of give up.Cik abang yang ajar benda-benda ni since aku always think negative from the start.I have changed! Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku untuk semester depan.Amin.

Read More
Powered by Blogger.