#1 Pretty and Cute are two different things.

Monday, October 29, 2012

Maybe tak kena kalau lelaki yang baca post ni and tiba-tiba nak muhasabah diri. Haa. Post ni lebih sesuai untuk perempuan lah kot rasanya. Rasanya. Sebab masa idea nak tulis post ni datang pun, dalam kepala otak cuma fikir pasal perempuan. Belum terfikir nak buat post pasal lelaki. Sebab rasanya kalau tulis pasal kaum sejenis ni lagi mudah. Kita faham apa yang tersurat dan tersirat dalam hati.


Tahu tak, bagi perempuan, cantik dan comel merupakan dua benda yang berbeza. Yes, sangat berbeza. Cuba tanya kaum perempuan yang ada di sekeliling anda. Mana yang mereka pilih. Adakah mereka lebih suka menjadi seorang gadis yang cantik..? Ada juga yang prefer untuk jadi seorang gadis yang comel.



Dah. Tak payah nak tanya orang lain. Cuba tanya diri sendiri. Kalau bagi aku, rasanya menjadi seorang yang cantik sangat menjadi idaman. Sana sini pergi, mesti jumpa orang cantik. Berangan nak jadi macam tu jugak sebenarnya. Rasanya, instead of tengok lelaki yang handsome, aku lagi suka tengok perempuan cantik. Haa bukan bukan. Bukan sebab suka perempuan tu lah. Sebab amazed sangat dengan apa yang Allah bagi dekat dia. Kadang-kadang tak sangka pun akan ada perempuan yang secantik diaorg tu dalam dunia ni. Untung. Bagi orang yang tak berapa nak cantik macam hakuuu ni, haa itulah dia. Perasaan nak cantik tu sangat membuak-buak.






Eh eh, kenapa nak kena attach gambar tiffany dekat situ..? Haa. Dia cantik. Cantik habaq hanggg. But of course lah cantik dia tak semulajadi. Mungkin pergi surgery sana sini. Takpa aihh. Cuma terbayang kalau kalau boleh cantik macam dia. Nak jadi cantik ni bukan sebab nak orang lain pandang kita ke apa. Cukuplah cantik tu untuk diri sendiri and dijadikan kepuasan untuk diri sendiri. Apa guna kalau cantik semata-mata untuk boyfriend hang. Dia bukan boleh bagi hangpa apa-apa. Take note.


p/s : aku pun tak faham kenapa tiba-tiba kata ganti diri bertukar balik. Macam ultramen! 
Read More

Random : Here it is.

Tuesday, October 23, 2012

Assalamualaikum (:



Blogger is not one of the priority social website for me anymore. Hari tu i ada terbaca satu blog one of my friend lah kan, he mentioned that blogger is just a trend. At first, i tak berapa nak percayalah. Sebab sekarang ni pun even orang sibuk dengan twitter, facebook bagai, ada je lagi orang yang imarahkan blogger ni. Maybe ada certain orang je yang fikir blogger ni as a trend. 


For me, mungkin betul lah tu dia cakap. Orang zaman sekarang mana lah nak rajin type panjang panjang berjela semua. Nak update status pun laju laju je. Bersesuaian dengan situasi yang dia hadapi masa tu. Lagi satu, kalau nak update status dekat twitter tu memang tak lah boleh nak type panjang panjang. Siap ada limit until 140 words je. Haa nampak tak dia nak kita fikir dulu sebelum main tweet je. Kalau facebook tu, kadang kadang penat nak baca status orang. Bukan main panjang dia type. Kadang kadang tu sampai kena turun bawah minum air dulu baru sambung baca status dia. Haa yang tu tipu. Sila percaya.


Tapi satu je sampai sekarang aku tak faham. Macam mana blogger dekat luar sana yang ada banyak sangat idea yang mencurah curah untuk jadi bahan dalam blog diaorang. Hebat betul lah. Heran aku heran. Anyway, as i cuti lama jugak for this semester break, insyaAllah la blog ni bakal di conteng itu ini. Itu pun kalau ada idea lah. Ingat cari idea senang..? Pheww~


Pesanan tak berapa nak ringkas :
Tiba tiba rasa macam nak guna kata ganti diri 'I' start from this post. Okay. Tu je nak cakap. 
People change day by day (:





Read More

no reason.

i smile and laughed a lot today.
why am i so happy..?
HAHAHA.
i don't know either.
family is the best treatment ever
(:
Read More

# one.

Thursday, August 16, 2012

First one:
I am officially become one of Non resident student. At first masa mula mula masuk rumah sewa sangatlah awkward. Dah la bawak barang banyak gila. Rasa macam kereta kancil tu penuh dengan barang barang untuk setahun duduk sana tak balik balik. Melampau betul. Padahal nak duduk berapa bulan je. Masa tu, sorang pun tak kenal dekat rumah sewa tu. Semua kakak kakak Degree. Only aku dengan Kila je student Diploma. Sangatlah awkward masa tu. Bayanglah, malam pertama tu tak boleh tidur pun. Siap tak tidur atas katil, tidur bawah lantai, berlapikkan tilam yang diangkut turun daripada katil. Sadis rasa. Masa tu tak mesra lagi dengan semua orang. Lama-lama tu, dah rasa mesra sikit. Okay lah. Makin hari makin seronok duduk rumah sewa. Tak perlu rushing nak balik awal-awal kalau keluar study malam malam. Kadang-kadang rasa tak sedap jugak sebab aku always keluar malam study dekat luar. Aku jenis yang tak boleh nak study dekat rumah. Memang takkan study lah. Nampak katil sepanjang masa, memang tak jadi apa lah. Sekarang ni, kakak kakak Degree dah cuti semester. Tinggallah kami bertiga student Diploma kat rumah tu. Sumpah sunyi kalau takde orang langsung kat rumah tu. Kena ada tiga orang baru meriah. Kalau setakat ada dua orang, memang sunyi jugak rumah tu. Sorang duduk dalam bilik, sorang lagi pun duduk dalam bilik. So, memang macam tu jelah. Sebab rumah tu sangatlah besar bagi aku, so kalau nak duduk sorang sorang memang takkan lah. The most important is, best je duduk rumah sewa compared to duduk kolej yang membuatkan aku tak pernah tenang.


Second one:
Since dah masuk semester lima, which is ada satu semester lagi untuk aku habiskan Diploma, tak tahu lah kenapa life sangat busy. Tak paham aku. Bila aku mengeluh dekat kawan-kawan yang aku banyak sangat kerja yang kena disettlekan, diaorang boleh cakap yang semester ni rileks je. Takde buat apa-apa. Plus, bosan. Damn. Kenapa aku je yang rasa macam rushing gitu..? Ohh, mungkin diaorang dah buat short course sebelum ni, so hilang satu beban paper yang diaorang akan ambik untuk final. Atau mungkin jugak aku je yang bersungguh sejak dari mula. And for your information, since aku dah bersusah-susah dahulu, sekarang aku dah mula bersenang-senang. Banyak benda yang aku dah berjaya settlekan masa awal dulu. Now, aku dah rileks sikit. Compared dengan orang lain yang duduk rileks masa mula-mula dulu tu. Alhamdulillah. Final Year Project aku almost menampakkan hasil. Tinggal beberapa steps je lagi untuk direalisasikan. And yang paling penting, aku tak pernah miss study untuk kuiz and test. Semuanya berjalan dengan lancar. Even kuiz or test datang bertalu-talu dalam satu masa, aku dah boleh manage untuk study dengan jayanya (:


Third one:
Semenjak jadi Non resident student, aku rasa makin banyak disadvantage yang pihak uitm bagi kat kami. Okay, first sekali, pasal parking kereta. Aku tak faham kenapa dia boleh nak bagi sebesar besar tempat parking tu hanya untuk lecturer parking. Padahal sebelum ni dekat situ student boleh parking. Sekarang ni, sangat susah untuk kami student NR cari parking. Kadang-kadang sampai lewat masuk kelas semata-mata sebab tawaf satu uitm nak cari parking. Yang aku peliknya, parking lecturer dah banyak ada. Apa salahnya kalau bagi sedikit ruang parking tu dekat kami, student, nak-nak yang duduk dekat luar ni. And lagi satu, aku tak puas hati betul student yang dah duduk dalam tapi masih nak menggedik bawak kereta pergi class. Bila diaorang buat macam tu, secara tak langsungnya diaorang dah sikitkan parking yang disediakan untuk kami. Tak salah kalau diaorg berjalan je pegi class. Tak jauh pun rasanya. Kalau pagi-pagi datang uitm tu, dekat area Pejabat NR dekat kafe Kapas tu mesti penuh. Kalau penuh dengan kereta budak-budak NR aku tak kisah lagi. Tapi ada jugak kereta student yang duduk dalam, which is kolej yang parking dekat situ. Hello, tak kesian dekat kiteorang ke..? Tolonglah. Baik aku tak payah bawak kereta kalau nak parking pun takde tempat. Menyusahkan betul.


*sorry for my harsh words.but i really meant it.

Read More

This is simple.

Friday, June 8, 2012


"Be a girl that is wanted by the boys, and please don't be a girl that wants so many boys around you."

You know, there is no point of having so many boys around you and ignore all you girl friends.You are suck if you are doing that.Like seriously.A boy is a boy.They won't give you anything that you want.I mean, they just want you to do their things and ask you to do this and that.Why can't you see that..?


Just saying that you shouldn't act like you are everything to them.They just using you as their machine to do all their works.I already know from the first place.You are the one who still don't realized all the things around you.I don't really mind if you are having so many boy friends around you.Unless you are not abandoned your girls.


Just think about it again and i hope you are going to change after this.
(:


p/s: i am not pointing this post to anyone.just random.maybe.

Read More
Powered by Blogger.