Preparation for Eid Mubarak.

Tuesday, July 22, 2014

Assalamualaikum.


Kira kira balik, tinggal kurang seminggu lagi nak sambut raya. Alhamdulillah tahun ni sempat puasa separuh separuh dekat shah alam dengan rumah family. First time puasa dekat shah alam dan kebetulan bulan puasa datang masa dah habis kuliah. Puasa dalam study week dan final exam. Moga moga diberkati jawab exam masa puasa hari tu. Untung lah kiranya bila dapat puasa masa bukan waktu kuliah. Kurang lah kepenatan. Tak payah pergi class penat penat, tak payah tergopoh gopoh balik untuk berbuka puasa. Fokus study untuk final je. Alhamdulillah.

Umur dah makin meningkat, dah nak raya pun tak lagi rasa excited macam dulu dulu masa kecik. Just go with the flow. Nak raya, raya lah. Kalau dulu, kita lah sibuk nak beli baju raya, kita lah sibuk tanya parents bila nak balik kampung. Tapi sekarang tak lagi. Beli baju raya macam biasa sampaikan fikir future kegunaan baju raya tu. Ohh nanti baju tu boleh pakai bawak pergi class. Nanti nak masuk new semester tak payah lagi dah beli baju baru. Hehe. Jenis dah jadi habit kalau masuk new semester, kena ada baju baru. Tak baju baru pun, kena ada at least baju yang tak pernah pakai pergi class semester lepas. Then, top up dengan baju lama yang sedia ada. So, takde lah nampak macam pakai baju sama je. Memang orang lain takkan perasan, tapi untuk kepuasan diri sendiri sebenarnya. Hehe.

Kuih raya jangan cakap. Since umi takde masa and takde siapa yang nak guide buat kuih raya selain umi, maka kuih raya tunjuk jela yang mampu kami sediakan. Eh tapi. Kuih raya tunjuk tu takde lah maknanya main tunjuk je yang mana rasa nak beli. Haha. Make sure sedap dulu baru beli. This year nampaknya makin bijak planning raya family weolls. Beli sikit sikit je. Tahun tahun lepas beli kemain banyak sampai sebulan lepas raya pun tak habis. Membazir. Okay, sederhana cukup. 

Tutup cerita persediaan sambut raya. InsyaAllah sambung cerita on the next post (:
Read More

Selamat kembali.

Monday, July 21, 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai revert unnecessary post ke draft. Nak dibuang sayang. Ehem. Rasa awkward nak menaip panjang panjang. Dah setahun tak menulis dekat sini. InsyaAllah umur pun dah makin meningkat ni, makin lah berakal. Makin matured. Harapnya dapatlah menulis sesuatu yang bagi manfaat kepada diri sendiri. Bukan main redah je tulis macam dulu dulu. Hehe. 

Kemungkinan post post yang berunsurkan kehidupan harian akan dikurangkan. Lebihkan kepada random talk. Dunia hari ni macam macam yang jadi kan. Boleh lah dijadikan bahan rujukan untuk menulis apa yang patut. 

Till next time (:
Read More

Simple Hai (:

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum.

Kesian blog. Dah jadi tempat sandaran untuk luahkan perasaan je sekarang ni. Masa sekolah dulu bukan main rajin update itu ini. Sekarang dah jadi malas. Malas nak curahkan idea buat benda simple macam ni. Haha. Dah lebih tiga bulan cuti duduk rumah tapi dia punya tahap kemalasan tahap apa entah nak menulis. Bila duduk rumah, you know lah apa je aktiviti kan.

Lagipun sekarang ni dah kurang nak exposed benda benda dekat social website and blog sebab orang ni ada macam macam. Jenis yang perangai pelik pelik, suka buat assumption sendiri lah, apa lah. Padahal kita setakat suka suka and meluahkan apa yang terpendam. Ecehh. Haha.

Blog ni rasanya tak nak exposed dekat orang dah lah. I mean, publicly bagitahu dekat orang. Kalau orang jumpa, diorang tahu lah aku ada blog. Haha. Lagipun blog ni sekarang pun dah macam tak berapa nak bergerak je. Bagus jugak sebab takde lagi anasir anasir yang boleh buat kita sakit hati or else.
Read More

Some writing.

Monday, June 10, 2013

Assalamualaikum.

Almost dua bulan duduk saja dekat rumah. Ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Penatnya badan sebab asyik duduk takde buat apa apa pun. Budak budak lain dah masuk new semester. At least takde dah mengembangkan badan je dekat rumah macam aku ni. Rindunya Dungun. Rindunya Uitm. Rindunya rumah sewa. Oh im not missing that kolej. Why would i? Haha.

Kalau kira kira, bulan 6 ni dah nak masuk middle month, nanti dah masuk bulan 7, puasa. Bulan 8 raya. Bulan 9 baru masuk Degree. Itu pun kalau dapatlah. Hmm. Sekarang, tengah counting day tunggu result masuk Degree. Dengar kata, bulan 7 nanti baru keluar. Lambatnya lahai. Dah lah tak sempat nak mohon UPU. Sempat mohon penerapan Uitm je. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah Shah Alam. Tak nak pergi jauh jauh sampai Penang sana. Aihh. Tak boleh bayang kalau kena campak ke sana. Maunya balik kampung selalu aku. Perak je kampung pun. 

Selalu doa hopefully dapat dekat Shah Alam, satu course dengan Hafiz, satu tempat dengan Hafiz, satu class dengan Hafiz. Allah boleh tolong insyaAllah. Positive tasneem positive. 


Read More

Isu Clearance.

Thursday, May 16, 2013

Assalamualaikum.

Baru perasan, print screen result untuk last post hari tu rupanya result yang dapat daripada email. Tak terfikir pun nak ambik result yang original dekat student portal. Hehe. Biarlah. Result tetap sama.

So i spent two night in Dungun. Untuk selesaikan pasal clearance. Actually, i already know yang clearance tu can be done secara online. Kak Wany lah yang bagitahu. Tapi dia kata kalau nak pergi buat dekat uitm pun boleh since kita boleh setelkan macam macam sekaligus pergi sana. Well. Alang alang kan, pergi lah jugak uitm nak setelkan semua.  

Firstly, of course lah pergi HEA. Dekat sana lah tanya macam mana nak buat clearence apa semua. Staf dekat situ guide lah. Bagitahu apa benda nak kena buat. Diorang cakap clearance nanti boleh buat online je. So tak payah lah korang korang yang jauh sana nak datang Dungun semata mata nak buat benda tu je. Dah jimat lah masa apa semua kan. Since aku dekat je, setakat Kuantan. Boleh ulang alik balik terus kalau nak. Sebab tu tak kisah sangat kalau pergi sana pun. Nak tanya sendiri apa yang kena buat. Baru best.

Then, boleh lah pergi Pejabat Bendahari untuk buat pembayaran kalau korang nak dapatkan mini transkript result. Pergi sana, lepas tu bayar RM1. Then, you all kena patah balik pergi HEA. Dekat sana nanti, diorang akan print lah korang punya transkript result. Actually, transkript result ni penting jugak bagi korang korang yang nak apply job sementara tunggu masuk Degree kan. I mean, kalau korang nak apply job best best lah. Setakat nak apply job dekat Mc Donald atau 7E, tak payah nak hulur transkript result sangat lah.

Dekat HEA jugak, korang boleh dapatkan korang punya sijil dekan. Ini for those yang bijak pandai, dapat dekan untuk semester sekian sekian, boleh lah ambik sijil korang tu. Nak bagi HEA pegang lama lama pun buat apa. Hari tu masa aku nak ambik, ada untuk semester 6 memang belum keluar lagi. Untuk semester 5 punya, korang kena pergi mintak dekat Ketua Program course korang. Untuk semester 4 ke bawah, ada je dalam simpanan diorang.

Yang paling penting, untuk korang yang bawak kenderaan masa belajar dulu tu, make sure korang pergi check saman dekat pejabat polis bantuan. Nanti diorang tanya lah korang punya plat number motor or kereta and check kan saman. Mana tahu kalau ada saman saman yang korang tak bayar. 

Anyway, ada jugak cakap kena check denda dekat library. I mean, mana tahu korang pernah pinjam buku dekat sana, lepas tu lewat hantar and ada denda yang korang kena bayar. Biasanya denda setakat sepuluh sen dua je. Tapi, itu lah one of the reason yang menyebabkan korang tak boleh nak graduate. But, aku tak pergi lah check denda dekat library hari tu. Sebab aku rasa aku takde lah pinjam buku mana pun dekat library tu. Ada pun masa semester 1 or semester 2. Mungkinlah. Punya confident aku takde denda tu.

Lastly, alang alang dah ada dekat uitm tu, jumpalah lecturer yang korang rapat. Bila lagi nak jumpa kan. Macam hari tu, jumpa dengan Sir Fadhli. Well. Actually, malu nak jumpa dia. Lecturer kesayangan pulak tu. Aihh malu lah nak jumpa. At last aku let Hafiz sorang je yang pergi jumpa. Aku tunggu dalam kereta. Haha. Sorry sir. Saya tak tahu kenapa. Saya segan lah. Hihi.

So, itu lah serba sikit about clearance yang aku boleh bagitahu korang. Penat jugak seharian pergi merayap dalam uitm tu nak setelkan benda ni. Maklumlah parking jauh jauh, jalan jauh jauh. Nampak uitm tu pun dah macam lain. Banyak pokok yang kena tebang. Dah tak gaya campus resort. Nak tunggu pokok baru tumbuh, lambat lagilah alamatnya. Dengan suasana yang agak sunyi sebab student Diploma tengah cuti and yang ada student Degree je. Tak meriah macam masa ada student Diploma. 

Read More
Powered by Blogger.