It's been a while

Tuesday, August 16, 2016

Assalamualaikum.

Ehem. Well, let me check the date of my last post here. Oh God! Dah dua tahun lepas rupanya. Haha. That was July 2014. Lamanya tinggal blog bersawang. Hehe.

Jadinya, disebabkan ada masa terluang, masih dalam process job hunting, apa salahnya sekali sekala tinjau and berborak dengan diri sendiri dekat sini kan? Tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu masa aktif blogging. Lepas tu tulis merepek entah apa apa. Haha. Nampak sangat lah tak matang kat situ. Minta maaf ya sekalian umat manusia yang pernah baca my older posts yang mengarut semua tu. Sekarang ni rasanya lebih matang kot. I mean, matang lah dari segi penulisan sebab dah hidup 24 tahun ni, macam macam dah aku lalui (:

So, this blog tak ada apa perubahan mungkin. Template masih sama. Eh lama tahu tak aku cari template yang comel konon konon nak tukar sebelum buat entry ni. Mana ada yang cantik. Yang old school jenis kosong sangat banyak lah. I need something yang boleh buat diri sendiri excited bila buka blog sendiri. Haha. Aku ni sejenis manusia yang buat entry untuk kenangan diri sendiri pada masa akan datang. Bukan untuk pleased orang lain (: 

Jumpa lagi next entry, bye!
Read More

Preparation for Eid Mubarak.

Tuesday, July 22, 2014

Assalamualaikum.


Kira kira balik, tinggal kurang seminggu lagi nak sambut raya. Alhamdulillah tahun ni sempat puasa separuh separuh dekat shah alam dengan rumah family. First time puasa dekat shah alam dan kebetulan bulan puasa datang masa dah habis kuliah. Puasa dalam study week dan final exam. Moga moga diberkati jawab exam masa puasa hari tu. Untung lah kiranya bila dapat puasa masa bukan waktu kuliah. Kurang lah kepenatan. Tak payah pergi class penat penat, tak payah tergopoh gopoh balik untuk berbuka puasa. Fokus study untuk final je. Alhamdulillah.

Umur dah makin meningkat, dah nak raya pun tak lagi rasa excited macam dulu dulu masa kecik. Just go with the flow. Nak raya, raya lah. Kalau dulu, kita lah sibuk nak beli baju raya, kita lah sibuk tanya parents bila nak balik kampung. Tapi sekarang tak lagi. Beli baju raya macam biasa sampaikan fikir future kegunaan baju raya tu. Ohh nanti baju tu boleh pakai bawak pergi class. Nanti nak masuk new semester tak payah lagi dah beli baju baru. Hehe. Jenis dah jadi habit kalau masuk new semester, kena ada baju baru. Tak baju baru pun, kena ada at least baju yang tak pernah pakai pergi class semester lepas. Then, top up dengan baju lama yang sedia ada. So, takde lah nampak macam pakai baju sama je. Memang orang lain takkan perasan, tapi untuk kepuasan diri sendiri sebenarnya. Hehe.

Kuih raya jangan cakap. Since umi takde masa and takde siapa yang nak guide buat kuih raya selain umi, maka kuih raya tunjuk jela yang mampu kami sediakan. Eh tapi. Kuih raya tunjuk tu takde lah maknanya main tunjuk je yang mana rasa nak beli. Haha. Make sure sedap dulu baru beli. This year nampaknya makin bijak planning raya family weolls. Beli sikit sikit je. Tahun tahun lepas beli kemain banyak sampai sebulan lepas raya pun tak habis. Membazir. Okay, sederhana cukup. 

Tutup cerita persediaan sambut raya. InsyaAllah sambung cerita on the next post (:
Read More

Selamat kembali.

Monday, July 21, 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai revert unnecessary post ke draft. Nak dibuang sayang. Ehem. Rasa awkward nak menaip panjang panjang. Dah setahun tak menulis dekat sini. InsyaAllah umur pun dah makin meningkat ni, makin lah berakal. Makin matured. Harapnya dapatlah menulis sesuatu yang bagi manfaat kepada diri sendiri. Bukan main redah je tulis macam dulu dulu. Hehe. 

Kemungkinan post post yang berunsurkan kehidupan harian akan dikurangkan. Lebihkan kepada random talk. Dunia hari ni macam macam yang jadi kan. Boleh lah dijadikan bahan rujukan untuk menulis apa yang patut. 

Till next time (:
Read More

Simple Hai (:

Sunday, July 28, 2013

Assalamualaikum.

Kesian blog. Dah jadi tempat sandaran untuk luahkan perasaan je sekarang ni. Masa sekolah dulu bukan main rajin update itu ini. Sekarang dah jadi malas. Malas nak curahkan idea buat benda simple macam ni. Haha. Dah lebih tiga bulan cuti duduk rumah tapi dia punya tahap kemalasan tahap apa entah nak menulis. Bila duduk rumah, you know lah apa je aktiviti kan.

Lagipun sekarang ni dah kurang nak exposed benda benda dekat social website and blog sebab orang ni ada macam macam. Jenis yang perangai pelik pelik, suka buat assumption sendiri lah, apa lah. Padahal kita setakat suka suka and meluahkan apa yang terpendam. Ecehh. Haha.

Blog ni rasanya tak nak exposed dekat orang dah lah. I mean, publicly bagitahu dekat orang. Kalau orang jumpa, diorang tahu lah aku ada blog. Haha. Lagipun blog ni sekarang pun dah macam tak berapa nak bergerak je. Bagus jugak sebab takde lagi anasir anasir yang boleh buat kita sakit hati or else.
Read More

Some writing.

Monday, June 10, 2013

Assalamualaikum.

Almost dua bulan duduk saja dekat rumah. Ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Penatnya badan sebab asyik duduk takde buat apa apa pun. Budak budak lain dah masuk new semester. At least takde dah mengembangkan badan je dekat rumah macam aku ni. Rindunya Dungun. Rindunya Uitm. Rindunya rumah sewa. Oh im not missing that kolej. Why would i? Haha.

Kalau kira kira, bulan 6 ni dah nak masuk middle month, nanti dah masuk bulan 7, puasa. Bulan 8 raya. Bulan 9 baru masuk Degree. Itu pun kalau dapatlah. Hmm. Sekarang, tengah counting day tunggu result masuk Degree. Dengar kata, bulan 7 nanti baru keluar. Lambatnya lahai. Dah lah tak sempat nak mohon UPU. Sempat mohon penerapan Uitm je. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah Shah Alam. Tak nak pergi jauh jauh sampai Penang sana. Aihh. Tak boleh bayang kalau kena campak ke sana. Maunya balik kampung selalu aku. Perak je kampung pun. 

Selalu doa hopefully dapat dekat Shah Alam, satu course dengan Hafiz, satu tempat dengan Hafiz, satu class dengan Hafiz. Allah boleh tolong insyaAllah. Positive tasneem positive. 


Read More
Powered by Blogger.