Some writing.

Monday, June 10, 2013

Assalamualaikum.

Almost dua bulan duduk saja dekat rumah. Ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Penatnya badan sebab asyik duduk takde buat apa apa pun. Budak budak lain dah masuk new semester. At least takde dah mengembangkan badan je dekat rumah macam aku ni. Rindunya Dungun. Rindunya Uitm. Rindunya rumah sewa. Oh im not missing that kolej. Why would i? Haha.

Kalau kira kira, bulan 6 ni dah nak masuk middle month, nanti dah masuk bulan 7, puasa. Bulan 8 raya. Bulan 9 baru masuk Degree. Itu pun kalau dapatlah. Hmm. Sekarang, tengah counting day tunggu result masuk Degree. Dengar kata, bulan 7 nanti baru keluar. Lambatnya lahai. Dah lah tak sempat nak mohon UPU. Sempat mohon penerapan Uitm je. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah Shah Alam. Tak nak pergi jauh jauh sampai Penang sana. Aihh. Tak boleh bayang kalau kena campak ke sana. Maunya balik kampung selalu aku. Perak je kampung pun. 

Selalu doa hopefully dapat dekat Shah Alam, satu course dengan Hafiz, satu tempat dengan Hafiz, satu class dengan Hafiz. Allah boleh tolong insyaAllah. Positive tasneem positive. 


Read More

Isu Clearance.

Thursday, May 16, 2013

Assalamualaikum.

Baru perasan, print screen result untuk last post hari tu rupanya result yang dapat daripada email. Tak terfikir pun nak ambik result yang original dekat student portal. Hehe. Biarlah. Result tetap sama.

So i spent two night in Dungun. Untuk selesaikan pasal clearance. Actually, i already know yang clearance tu can be done secara online. Kak Wany lah yang bagitahu. Tapi dia kata kalau nak pergi buat dekat uitm pun boleh since kita boleh setelkan macam macam sekaligus pergi sana. Well. Alang alang kan, pergi lah jugak uitm nak setelkan semua.  

Firstly, of course lah pergi HEA. Dekat sana lah tanya macam mana nak buat clearence apa semua. Staf dekat situ guide lah. Bagitahu apa benda nak kena buat. Diorang cakap clearance nanti boleh buat online je. So tak payah lah korang korang yang jauh sana nak datang Dungun semata mata nak buat benda tu je. Dah jimat lah masa apa semua kan. Since aku dekat je, setakat Kuantan. Boleh ulang alik balik terus kalau nak. Sebab tu tak kisah sangat kalau pergi sana pun. Nak tanya sendiri apa yang kena buat. Baru best.

Then, boleh lah pergi Pejabat Bendahari untuk buat pembayaran kalau korang nak dapatkan mini transkript result. Pergi sana, lepas tu bayar RM1. Then, you all kena patah balik pergi HEA. Dekat sana nanti, diorang akan print lah korang punya transkript result. Actually, transkript result ni penting jugak bagi korang korang yang nak apply job sementara tunggu masuk Degree kan. I mean, kalau korang nak apply job best best lah. Setakat nak apply job dekat Mc Donald atau 7E, tak payah nak hulur transkript result sangat lah.

Dekat HEA jugak, korang boleh dapatkan korang punya sijil dekan. Ini for those yang bijak pandai, dapat dekan untuk semester sekian sekian, boleh lah ambik sijil korang tu. Nak bagi HEA pegang lama lama pun buat apa. Hari tu masa aku nak ambik, ada untuk semester 6 memang belum keluar lagi. Untuk semester 5 punya, korang kena pergi mintak dekat Ketua Program course korang. Untuk semester 4 ke bawah, ada je dalam simpanan diorang.

Yang paling penting, untuk korang yang bawak kenderaan masa belajar dulu tu, make sure korang pergi check saman dekat pejabat polis bantuan. Nanti diorang tanya lah korang punya plat number motor or kereta and check kan saman. Mana tahu kalau ada saman saman yang korang tak bayar. 

Anyway, ada jugak cakap kena check denda dekat library. I mean, mana tahu korang pernah pinjam buku dekat sana, lepas tu lewat hantar and ada denda yang korang kena bayar. Biasanya denda setakat sepuluh sen dua je. Tapi, itu lah one of the reason yang menyebabkan korang tak boleh nak graduate. But, aku tak pergi lah check denda dekat library hari tu. Sebab aku rasa aku takde lah pinjam buku mana pun dekat library tu. Ada pun masa semester 1 or semester 2. Mungkinlah. Punya confident aku takde denda tu.

Lastly, alang alang dah ada dekat uitm tu, jumpalah lecturer yang korang rapat. Bila lagi nak jumpa kan. Macam hari tu, jumpa dengan Sir Fadhli. Well. Actually, malu nak jumpa dia. Lecturer kesayangan pulak tu. Aihh malu lah nak jumpa. At last aku let Hafiz sorang je yang pergi jumpa. Aku tunggu dalam kereta. Haha. Sorry sir. Saya tak tahu kenapa. Saya segan lah. Hihi.

So, itu lah serba sikit about clearance yang aku boleh bagitahu korang. Penat jugak seharian pergi merayap dalam uitm tu nak setelkan benda ni. Maklumlah parking jauh jauh, jalan jauh jauh. Nampak uitm tu pun dah macam lain. Banyak pokok yang kena tebang. Dah tak gaya campus resort. Nak tunggu pokok baru tumbuh, lambat lagilah alamatnya. Dengan suasana yang agak sunyi sebab student Diploma tengah cuti and yang ada student Degree je. Tak meriah macam masa ada student Diploma. 

Read More

The thoughts.

Tuesday, April 23, 2013

Assalamualaikum.

Biasalah. Cuti baru seminggu tapi rasa macam dah sebulan duduk rumah. How come sebulan nak sampai ke lima bulan tu nak dirasakan sekejap sangat? Impossible. Memang lima bulan tu lama sangat. Sangat lama. Even sekarang pun mati kutu dah tak tahu nak buat apa dekat rumah. Ya Allah. Sabar jela.

I really think that i should find myself a job. Anything. Yes, anything. Usul dekat mak ayah, diaorang tak agree pun. Tak tahulah kenapa nak sangat anak dia ni duduk rumah lama lama sampai lima bulan. Lepas tu bagi makan banyak banyak, tidur banyak banyak. Sampai kadang kadang tu rasa risau sangat. Macam mana kalau makin membesar nanti? Malulah nak keluar jumpa kawan kawan. Haa. Nampak. Belum apa apa dah ada conflict. 

Abah asked me, "Acik,boleh mengajar Add Math?". Oh well. Masa tu harapan dah tinggi. Mana tahu kot kot abah nak offer kerja kosong dekat sekolah beliau. Lepas tu Ayu dengan Umi menyampuk. Katanya kalau ambik kerja dekat sekolah abah tu, mahunya aku yang kena buli. Inikan duduk rumah pun asyik kena buli dengan adik sendiri. Fuhh. Tak pasal pasal melepas satu peluang kerja. Diorang risau sebenarnya. Takut aku tak boleh adapt dengan perangai budak budak nakal sekolah menengah dekat sekolah abah tu. Yela, abah selalu cakap budak budak tu jenis perangai teruk, tak nak belajar apa  semua. Sat lagi aku pergi sana, habis dengan aku depa ganyang. Nayaa.

Lepas tu ada terfikir nak jadi cikgu sekolah dekat sekolah rendah je. Haa memang yang tu pun yang duduk fikir fikir sebelum ni. Tapi macam tak mendapat sambutan daripada family jugak. Semua tak nak kasi aku kerja. Stress betul. Asyik risau je. Habis sampai bila nak macam ni? 

I really have no idea. Bagilah result final semester tu keluar dulu. Lepas tu baru lega sikit. Nak kerja ke apa ke, lepas tu lah bincang balik. *Walaupun macam tahu susah nak dapat permission family.

Nym.
Read More

Oh haiii (:

Sunday, April 21, 2013

Assalamualaikum.

Oh well. Hai. I'm being total awkward here. Lets not make me talk much this time. Anyway, i have wrapped my life in Dungun as Diploma in Electrical Engineering (Electronic) student. Yeay me! (:
I can finally have this big big big smile on my face! So now i am here in Kuantan, nothing to be done. Like always. Blerghh. I really need to find something good that should be done since i am gonna be home for about five months before my Degree session. 
Lets talk later about that Degree thing. Don't feel like put all of the thoughts in one entry anyway 


Bye (:

Read More

This will be the last.

Sunday, November 4, 2012

Assalamualaikum.

Mengharapkan agar post ini menjadi post yang terakhir berkaitan dengan post yang sebelum sebelum ini. So, anda semua tak perlu lah nak bersangka buruk sangat dengan hamba ye. Nak cakap hamba ni tak reti menghargai bestfriend sebelum ni dengan menjadikan boyfriend sendiri sebagai bestfriend. Sebelum cakap, cuba fikir sejenak. Anda tak tahu apa yang hamba alami, apa yang hamba lalui di setiap hari hamba. That is why i told you untuk tidak bertindak melulu dengan memerli hamba dan sebagainya.

Tahu tak apa rasionalnya aku menjadikan boyfriend sendiri sebagai kawan baik..? 

Pertama : Orang yang paling rapat dengan aku bukan lagi kawan-kawan. Walaupun kiteorg duduk satu tempat, kadang-kadang satu kelas atau sebagainya, diaorang tak selalu ada dengan aku. Diaorang lagi lah takde masa nak melayan karenah aku dua puluh empat jam. Diaorang ada kerja diaorang sendiri jugak. Tak perlu nak salahkan diorang sebab masing-masing ada life kan. And aku tengok pun, diaorg seronok je kalau aku takde dengan diorang. See. Sekarang ni orang yang aku paling rapat cuma cik boyfriend. So mana mungkin aku mengaku orang lain sebagai kawan baik aku..? Boleh tak faham. Kawan baik bagi aku adalah kawan yang sentiasa ada dengan kita susah senang. Tu je.


Kedua : Setiap manusia dalam dunia ni Allah uji dengan pelbagai masalah. Bagi aku, setiap kali ada masalah, aku takkan terus refer kepada manusia tu, manusia ni. Aku fikir dulu macam mana nak solve. Bukan jenis aku main terjah je refer someone bila ada masalah. Kita ada akal kan. Kenapa tak guna buah akal kita dulu sebelum mintak pendapat orang lain..? Okay. So, aku akan cuba selesaikan dulu. Kalau dah tak tahu nak buat macam mana sangat, aku akan cari orang untuk tolong aku. Semestinya, orang yang aku akan refer adalah someone yang betul-betul aku trust dan someone yang boleh bantu. Buat apa nak pergi dekat orang yang aku dah tahu takkan tolong aku and tak dapat nak tolong aku. Think wisely lah sebelum bertindak kan. Sebab dah rapat dengan cik boyfriend, aku akan refer dia dulu. If takde jalan penyelesaian jugak, aku kena cari kawan-kawan jugak. Haa janganlah nak negative pulak. Mentang-mentang aku cakap cik boyfriend tu bestfriend, tak semestinya aku tak hargai kawan-kawan yang lain. Jadah manusia apa aku kalau fikir sampai macam tu. Jahat sangat lah tu. Kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, teman adalah teman dan kawan baik adalah kawan baik. Kawan yang dahulu pernah jadi kawan baik aku pernah bagitahu aku tentang semua ni. So tak salah kalau aku fikir dan guna pakai apa yang dia cakap, kan..?


Ketiga : Pernah dengar orang cakap, "lelaki dan perempuan takkan pernah menjadi kawan baik"..? You know what, this said is so true. Kes macam ni dah banyak terjadi. Even dekat aku pun jadi. Tak dinafikan lah. Sebab tu kalau boleh jangan jadikan seseorang yang berlainan gender dengan kita untuk menjadi bestfriend kita. Cuma berpendapat bahawa kalau lah seorang lelaki dan perempuan tu menjadi kawan baik, lama-lama perasaan apa yang akan timbul diantara mereka..? Cinta. Haa kalau tak si lelaki tu suka perempuan tu, yang si perempuan tu lah yang akan suka si lelaki tu. Cliche. Perempuan yang dah ada boyfriend pun boleh berpaling tadah dengan kawan baik lelaki dia sendiri tau dalam dia tak sedar. Serious talk. 

Mungkin korang akan cakap, "eleh perempuan ni.mentang mentang dah ada boyfriend,terus abandoned bestfriend dia.jahat sungguh". Bukan ye bukan. Kalau lah di takdirkan aku takde boyfriend, then aku takkan ada bestfriend. Until lah aku ada boyfriend atau husband, masa tu baru lah akan adanya bestfriend aku. But! Aku tak menolak kalau adanya seorang bestfriend yang sama gender dengan aku. Aku tengok kan, semua manusia yang ada bestfriend yang sama gender dengan dia, relationship diaorang kekal lama kot. Aku jealous. Sangat jealous. But you know, i have this one friend. Ain. She is so nice. Kita dah lama kan kenal Ain. Tapi dekat sini saya nak buat pengakuan, saya takut nak mengaku awak ni bestfriend saya sebab saya tak tahu apa yang ada dalam hati awak. Best kan kalau awak anggap saya as kawan baik awak. Then, saya officially akan ada seorang kawan baik yang sama gender dengan saya :')


Rasanya, cukuplah penjelasan aku tentang hal ni. Sampai sini sudah lah. Tak perlu nak hurai banyak banyak. Haa tak banyak apa. Dah cramped jari ni haa menaip. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, aku mintak maaf sangat-sangat dekat pihak yang terasa atau rasa hatinya dihiris-hiris bila baca post tentang hal ni. Mintak maaf sangat sangat. Takde niat langsung nak buat anda rasa sampai macam tu. Ya Allah, Dia je tahu macam mana perasaan aku sekarang ni.Hurm.
Read More
Powered by Blogger.