# one.

Thursday, August 16, 2012

First one:
I am officially become one of Non resident student. At first masa mula mula masuk rumah sewa sangatlah awkward. Dah la bawak barang banyak gila. Rasa macam kereta kancil tu penuh dengan barang barang untuk setahun duduk sana tak balik balik. Melampau betul. Padahal nak duduk berapa bulan je. Masa tu, sorang pun tak kenal dekat rumah sewa tu. Semua kakak kakak Degree. Only aku dengan Kila je student Diploma. Sangatlah awkward masa tu. Bayanglah, malam pertama tu tak boleh tidur pun. Siap tak tidur atas katil, tidur bawah lantai, berlapikkan tilam yang diangkut turun daripada katil. Sadis rasa. Masa tu tak mesra lagi dengan semua orang. Lama-lama tu, dah rasa mesra sikit. Okay lah. Makin hari makin seronok duduk rumah sewa. Tak perlu rushing nak balik awal-awal kalau keluar study malam malam. Kadang-kadang rasa tak sedap jugak sebab aku always keluar malam study dekat luar. Aku jenis yang tak boleh nak study dekat rumah. Memang takkan study lah. Nampak katil sepanjang masa, memang tak jadi apa lah. Sekarang ni, kakak kakak Degree dah cuti semester. Tinggallah kami bertiga student Diploma kat rumah tu. Sumpah sunyi kalau takde orang langsung kat rumah tu. Kena ada tiga orang baru meriah. Kalau setakat ada dua orang, memang sunyi jugak rumah tu. Sorang duduk dalam bilik, sorang lagi pun duduk dalam bilik. So, memang macam tu jelah. Sebab rumah tu sangatlah besar bagi aku, so kalau nak duduk sorang sorang memang takkan lah. The most important is, best je duduk rumah sewa compared to duduk kolej yang membuatkan aku tak pernah tenang.


Second one:
Since dah masuk semester lima, which is ada satu semester lagi untuk aku habiskan Diploma, tak tahu lah kenapa life sangat busy. Tak paham aku. Bila aku mengeluh dekat kawan-kawan yang aku banyak sangat kerja yang kena disettlekan, diaorang boleh cakap yang semester ni rileks je. Takde buat apa-apa. Plus, bosan. Damn. Kenapa aku je yang rasa macam rushing gitu..? Ohh, mungkin diaorang dah buat short course sebelum ni, so hilang satu beban paper yang diaorang akan ambik untuk final. Atau mungkin jugak aku je yang bersungguh sejak dari mula. And for your information, since aku dah bersusah-susah dahulu, sekarang aku dah mula bersenang-senang. Banyak benda yang aku dah berjaya settlekan masa awal dulu. Now, aku dah rileks sikit. Compared dengan orang lain yang duduk rileks masa mula-mula dulu tu. Alhamdulillah. Final Year Project aku almost menampakkan hasil. Tinggal beberapa steps je lagi untuk direalisasikan. And yang paling penting, aku tak pernah miss study untuk kuiz and test. Semuanya berjalan dengan lancar. Even kuiz or test datang bertalu-talu dalam satu masa, aku dah boleh manage untuk study dengan jayanya (:


Third one:
Semenjak jadi Non resident student, aku rasa makin banyak disadvantage yang pihak uitm bagi kat kami. Okay, first sekali, pasal parking kereta. Aku tak faham kenapa dia boleh nak bagi sebesar besar tempat parking tu hanya untuk lecturer parking. Padahal sebelum ni dekat situ student boleh parking. Sekarang ni, sangat susah untuk kami student NR cari parking. Kadang-kadang sampai lewat masuk kelas semata-mata sebab tawaf satu uitm nak cari parking. Yang aku peliknya, parking lecturer dah banyak ada. Apa salahnya kalau bagi sedikit ruang parking tu dekat kami, student, nak-nak yang duduk dekat luar ni. And lagi satu, aku tak puas hati betul student yang dah duduk dalam tapi masih nak menggedik bawak kereta pergi class. Bila diaorang buat macam tu, secara tak langsungnya diaorang dah sikitkan parking yang disediakan untuk kami. Tak salah kalau diaorg berjalan je pegi class. Tak jauh pun rasanya. Kalau pagi-pagi datang uitm tu, dekat area Pejabat NR dekat kafe Kapas tu mesti penuh. Kalau penuh dengan kereta budak-budak NR aku tak kisah lagi. Tapi ada jugak kereta student yang duduk dalam, which is kolej yang parking dekat situ. Hello, tak kesian dekat kiteorang ke..? Tolonglah. Baik aku tak payah bawak kereta kalau nak parking pun takde tempat. Menyusahkan betul.


*sorry for my harsh words.but i really meant it.

Post a Comment

Leave your comment here (:

Powered by Blogger.